Dasar kandungan peminat

Kemas kini terakhir: 30 Mac 2020

Kami menyayangi komuniti kami dan rasa perkara yang pemain boleh dan mahu lakukan di sekitar jenama Supercell adalah menakjubkan! Malah Orang Gasar akan faham yang ramai pemain hanya mahu menggunakan Aset Supercell (merujuk di bawah) untuk mencipta banyak benda-benda hebat di sekitar permainan. Kami rasa amat teruja dengan ini. Walau bagaimana pun, ada kalanya ada orang melampaui batas dan cuba meyakinkan komuniti yang produk, perkhidmatan, laman web atau video mereka adalah berkaitan, disokong atau dihasilkan oleh Supercell. Terdapat orang di luar sana yang melakukan ini secara sengaja untuk mengambil kesempatan terhadap komuniti dan usaha pasukan permainan Supercell. Ini boleh membuat pemain mempercayai maklumat yang dibekalkan, membeli barangan, malah memberi data peribadi berdasarkan kandungan yang dirasmikan. Ini tidak menyenangkan kami.

Dasar Kandungan Peminat ini mengawal penggunaan hak cipta dan tanda dagangan Supercell Oy ("Supercell") dari permainan kami termasuk sebarang kit peminat yang kami bekalkan ("Aset Supercell") bagi tujuan Kandungan Peminat. Kami tidak akan memberi amaran kepada pelanggaran dasar ini.

1. PERATURAN KHUSUS UNTUK KANDUNGAN PEMINAT

Untuk tujuan kandungan peminat sahaja.

Apabila kami bercakap tentang tujuan Kandungan Peminat, kami maksudkan: Penggunaan Aset Supercell dalam kandungan peminat mesti terhad kepada pemaparan, pengenalpastian dan perbincangan tentang produk Supercell sahaja seperti yang dibenarkan oleh dasar ini. Anda tidak boleh mencipta produk atau kandungan baharu berdasarkan Aset Supercell, seperti permainan berdasarkan watak-watak permainan Supercell. Tidak walaupun semua ini adalah percuma. Kandungan peminat yang dibenarkan biasanya termasuk contohnya, panduan dalam talian dan aplikasi panduaan janaan peminat bukan komersil, perjumpaan peminat, laman peminat dan video permainan, asalkan mematuhi dasar ini.

Bukan untuk tujuan komersil.

Anda tidak dibenarkan mengenakan sebarang bayaran (termasuk fungsi dalam aplikasi) terhadap pelanggan atau pelawat kandungan peminat anda, melainkan ini amat jelasnya telah diluluskan oleh Supercell. Tiga pengecualian untuk peraturan ini pada umumnya adalah pengewangan Kandungan Peminat melalui pengiklanan, pendermaan atau bimbingan. Jika anda menggunakan iklan, ia mestilah mematuhi semua undang-undang, peraturan dan dasar pembangun. Jika anda menggunakan derma berhubung dengan kandungan yang anda cipta, ia mesti pendermaan semata-mata dan tidak terikat kepada ciri-ciri khas, aplikasi pembelian dalam permainan atau sebarang manfaat lain.

Hormati jenama Supercell.

Anda tidak boleh mencipta tanggapan yang Supercell adalah penaja, pencipta atau mengendors kandungan peminat anda. Anda juga tidak boleh mencipta sebarang bahan daripada Aset Supercell yang serupa logo, cop dagangan atau unsur produk dan perkhidmatan Supercell yang lain. Anda tidak boleh mengubah Aset Supercell tanpa kebenaran kami.

Kekalkannya dalam talian.

Anda tidak dibenarkan membuat, mengedarkan (secara percuma atau tidak) atau mempromosikan item sebenar seperti baju-T yang mempunyai sebarang Aset Supercell atau harta intelektual Supercell lain tanpa perjanjian bertulis berasingan di antara anda dan Supercell.

Anda tidak dibenarkan untuk menulis, menghasilkan atau mencipta sebarang novel, penerbitan teater atau pengadaptasi yang termasuk harta intelektual Supercell tanpa perjanjian bertulis kami. (Novel, teaterikal atau yang setara dengannya tidak dibenarkan.)

Perkara tidak baik tidak dibenarkan.

Anda tidak boleh menggunakan Aset Supercell berkaitan dengan mana-mana Kandungan Peminat yang

  1. mempromosikan atau mengandungi penipuan, penggodaman, eksploitasi, perisian automasi, bot, mod atau mana-mana perisian pihak ketiga tidak dibenarkan yang direka untuk mengubah suai atau mengganggu sebarang permainan Supercell;
  2. membuat kenyataan fitnah atau tidak jujur mengenai Supercell dan/atau produk, pekerja dan ejennya;
  3. secara langsung atau tidak langsung mempromosikan perdagangan akaun;
  4. secara langsung atau tidak langsung mempromosikan pembuatan dan/atau pengedaran barangan Supercell yang tidak dibenarkan;
  5. mengandungi maklumat yang belum menjadi kandungan awam;
  6. mengandungi bahan seksual yang eksplisit atau tidak senonoh, keganasan, diskriminasi atau aktiviti haram;
  7. atau mengandungi kandungan lain yang tidak menyenangkan termasuk tetapi tidak terhad kepada dadah, alkohol, produk tembakau, perjudian, senjata atau iklan politik.

Memasukkan penolak tuntutan.

Memasukkan notis berikut (atau notis tidak rasmi yang serupa) berkenaan penggunaan Aset Supercell anda dalam fon yang mudah dibaca pengguna Kandungan Peminat: "Bahan ini tidak rasmi dan tidak disahkan oleh Supercell. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Kandungan Peminat Supercell: https://supercell.com/en/fan-content-policy/ms/."

Domain atau yang setara dengannya tidak dibenarkan.

Anda tidak boleh mendaftar nama domain, akaun media sosial atau alamat berkaitan untuk Kandungan Peminat anda yang termasuk tanda dagangan Supercell (seperti SUPERCELL atau nama permainan kami) tanpa perjanjian bertulis yang berasingan dengan kami.

2. TERMA-TERMA TAMBAHAN

Dasar dan perjanjian pembangun.

Menghormati peraturan platform atau saluran yang anda memilih untuk berkongsi kandungan peminat anda adalah amat penting bagi Supercell. Anda mesti sentiasa mematuhi dasar pembangunan dan perjanjian berkenaan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

Penggunaan Kandungan Peminat anda.

Kami mungkin dari semasa ke semasa menggunakan kandungan peminat anda dengan cara yang kami anggap munasabah tanpa memberi pampasan, contohnya menggunakannya dalam permainan, memaparkannya semula di saluran dalam talian kami atau menggunakannya dalam aktiviti pemasaran kami.

Maklum balas dan maklumat yang tidak diterbitkan.

Jika anda menerima maklumat daripada kami berkenaan kandungan yang belum lagi diterbitkan, anda perlu merahsiakannya dan tidak boleh mendedahkan maklumat itu kepada sesiapa. Selain itu, jika anda memberi kami sebarang maklum balas, maklumat atau cadangan berkenaan permainan kami atau sebaliknya, anda memahami bahawa kami boleh menggunakannya tanpa memberikan pampasan atau tanggungan kepada anda.

Kami berhak untuk menentukan jenis kandungan peminat yang kami terima dan mungkin membatalkan penggunaan terhad dalam dasar ini dari semasa ke semasa atau atas mana-mana sebab.

Dasar ini adalah sebahagian daripada Terma Perkhidmatan Supercell dan kami mungkin memindanya pada bila-bila masa. Apabila menggunakan Aset Supercell untuk tujuan kandungan peminat, penggunaan anda adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan Supercell (termasuk mana-mana penolak tuntutan jaminan dan had liabiliti). Sekiranya terma dalam dasar ini bercanggah dengan terma dalam Terma Perkhidmatan, dasar ini akan diberi keutamaan berhubung dengan mana-mana isu yang berkenaan dengan kandungan peminat.

Soalan Lazim

Bolehkah saya memaparkan promosi atau iklan pada kandungan saya?

Boleh. Namun, anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan perkongsian tersebut dan ia mesti mematuhi Dasar Kandungan Peminat dan Terma Perkhidmatan. Contohnya, mempromosikan barangan tidak dibenarkan adalah dilarang.

Bolehkah saya menjual, memperdagangkan atau membeli akaun?

Tidak. Ini juga terpakai kepada klan, pasukan, penawaran sumber anda, masa untuk dijual menggunakan akaun anda (penggalakkan), dll.

Bolehkah saya mencipta Kandungan Peminat menggunakan aplikasi pihak ke-3 seperti pelayan peribadi?

Tidak.

Bolehkah saya menjual susun atur pangkalan saya?

Boleh. Menjual susun atur pangkalan dianggap bimbingan.

Adakah saya dibenarkan mencipta kandungan yang tidak mematuhi Dasar Kandungan Peminat jika saya tambah penolah tuntutan pada kandungan?

Tidak. Tiada pengecualian: semua Kandungan Peminat mesti mematuhi Dasar Kandungan Peminat. Namun, penolak tuntutan mesti disertakan berhubung dengan Kandungan Peminat.

Bolehkah saya memuat naik Kandungan Peminat mengenai kemas kini atau topik yang serupa sebelum Supercell mengumumkannya?

Tidak. Kandungan Peminat seperti itu dianggap sebagai "bocor" dan melanggar Dasar Kandungan Peminat kami.

Apakah itu bimbingan?

Istilah bimbingan kami bermakna latihan dan panduan yang diberikan kepada pemain lain. Contohnya, menjual susun atur pangkalan, bimbingan peribadi, latihan dalam talian atau aktiviti yang serupa. Sila ambil perhatian bahawa Supercell berhak untuk menentukan sama ada aktiviti tertentu dianggap sebagai bimbingan.