Dasar Bermain dengan Selamat dan Adil

Terima kasih kerana berminat dalam bermain dengan selamat dan adil!

Menyediakan persekitaran permainan yang adil dan selamat merupakan keutamaan kami. Bagi mencapai matlamat ini, kami tidak bertoleransi dengan penipuan atau kelakuan kesat. Kami menghendaki pemain kami bermain dengan adil dan mengikut peraturan permainan pada setiap masa.
Salah laku sebarang amalan yang disenaraikan di bawah atau dalam Terma Perkhidmatan kami akan menyebabkan penalti seperti, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembatalan mata wang dalam permainan, penggantungan permainan sementara dan penutupan akaun permainan secara kekal.

Bantu kami membentuk persekitaran permainan yang hebat, dan melindungi akaun dan peranti anda dengan mengingati yang berikut ketika bermain:

BERMAIN CLASH DENGAN RASA HORMAT!

KELAKUAN YANG MENIMBULKAN GANGGUAN

Kami semua di sini untuk menikmati permainan ini bersama. Ada kalanya ini boleh bermaksud bertengkar dengan kawan disebabkan derbi atau kalah dalam pertempuran. Itu tidak mengapa, tetapi berkelakuan kesat terhadap pemain lain akan mengurangkan keseronokan permainan.

Apabila berkomunikasi dalam permainan, kami ingin meminta anda menghormati pemain lain. Ini juga termasuk bahasa yang anda guna dalam nama pasukan anda dan perihalannya (sama ada ia kelab, klan, pasukan petugas atau kejiranan).

Berikut ialah beberapa contoh yang kami menganggap tidak sesuai:

  1. Kata-kata benci, perkauman dan bahasa diskriminasi lain
  2. Gurau senda bersifat lucah atau seksual
  3. Ancaman atau gangguan
  4. Kata-kata kesat yang melampau
  5. Membuli

Melaporkannya! Jika anda menemui pemain lain yang berkelakuan kesat terhadap anda atau orang lain, sila maklumkan kepada kami dengan menggunakan butang melapor di dalam ruangan bual. Laporan akan disemak oleh moderator terlatih kami yang akan mengambil tindakan sewajarnya.

Akibat salah laku: Kelakuan kesat boleh menyebabkan penutupan akaun permainan secara sementara atau kekal. Membuat laporan palsu untuk membuat seseorang pemain disekat juga akan membawakan akibat yang sama.

JANGAN MENIPU!

PENGGUNAAN PERISIAN PIHAK KETIGA

Perisian pihak ketiga merangkumi aplikasi yang tidak diluluskan yang memanipulasi cara main. Perisian pihak ketiga menyasarkan untuk memberikan kelebihan tidak adil dengan mengubah kefungsian permainan serta membawa risiko kepada akaun dan privasi pemain.

Perisian pihak ketiga termasuk:

  1. Penggodaman, “mod” atau program yang secara tidak adil mengubah kefungsian permainan
  2. Bot atau perkhidmatan automasi permainan atau skrip
  3. Sebarang program lain yang menyasarkan untuk mengubah suai atau memberikan perkembangan yang belum diperoleh

Akibat salah laku: Cuba mendapatkan kelebihan tidak adil dengan menggunakan perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan akan mengakibatkan penyekatan kekal bagi mana-mana akaun yang bersalah.

BIAR GOBLIN SAHAJA YANG MENCURI!

PENJUALAN / PEMBELIAN PERMATA YANG TIDAK DIBENARKAN

Sesetengah laman web dan individu mungkin menawarkan permata pada harga diskaun. Jangan tertipu.

Perkhidmatan sebegini akan meminta data log masuk peribadi (seperti Supercell ID, Apple ID, perakuan Google Play, dll) untuk mengakses akaun permainan anda. Penjual ini akan mendapat akses ke akaun anda dan selalunya akan merampas akaun dan cuba menjualnya kepada pemain lain.

PENTING: Jika anda mendedahkan maklumat/perakuan peribadi anda kepada pihak ketiga, maksudnya anda meletakkan permainan anda dan kewangan/keselamatan dalam talian dalam situasi yang berisiko tinggi.

Akibat salah laku: Membeli permata daripada penjual pihak ketiga boleh menyebabkan pembatalan nilai mata wang dalam aplikasi, malah akaun anda mungkin disekat secara kekal.

CUMA BOLEH ADA SATU!

MEMBELI, MENJUAL DAN BERKONGSI AKAUN PERMAINAN

Menjual, membeli, berkongsi atau memberikan akaun permainan kepada pemain lain melanggar Terma Perkhidmatan kami dan tidak disokong Supercell.

Penjualan akaun melibatkan pengiklanan akaun permainan bertahap tinggi dan mengumpan pemain yang ingin maju dengan janji manis dan tidak realistik.

Risiko penjualan akaun termasuk:

  1. Penjual mungkin mengambil wang anda dan tidak memberikan anda akaun
  2. Anda tidak pasti jika penjual akan terus menggunakan akaun tersebut
  3. Mereka mungkin menjual akaun yang sama kepada beberapa orang
  4. Status akaun tidak diketahui; ia mungkin bakal dikenakan sekatan kekal
  5. Akaun tidak akan dilindungi; Supercell tidak memberikan sokongan untuk akaun yang terjejas
  6. Jika anda memilih untuk membelanjakan wang pada akaun tersebut, ia masih dalam risiko ditutup secara kekal disebabkan pelanggaran Terma Perkhidmatan kami

Bantu mencegah amalan tidak elok ini dengan menolak penjualan akaun anda dan melaporkan mereka yang melakukannya!

Perhatian: Berkongsi akaun di antara berbilang pemain untuk mendapat kelebihan bersaing akan melanggar Terma Perkhidmatan kami.

Akibat salah laku: Kami tidak boleh menjamin keselamatan mana-mana akaun yang telah diserahkan daripada seorang pemain kepada pemain yang lain. Kami berhak menyekat secara kekal mana-mana akaun yang telah dipindahkan antara pemain.

KELAKUAN LAIN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA

  1. Menyamar sebagai kakitangan Supercell
  2. Memancing data akaun pemain lain
  3. Menyalahgunakan bayaran balik
  4. Mengeksploitasi pepijat dengan sengaja
  5. Memanipulasikan pemadanan
  6. Pengaturan Pertandingan
  7. Mengalakkan pemain lain melanggar peraturan
  8. Meminta atau memberi maklumat perhubungan peribadi
  9. Menyalahgunakan ruang bual dalam permainan untuk pengiklanan, penspaman & penipuan komplot
  10. Kenyataan mengenai penggabungan, sokongan dan penentangan politik

Peraturan Dasar Bermain dengan Selamat dan Adil (tatakelakuan) dikenakan ke atas semua permainan Supercell - Brawl Stars, Clash Royale, Boom Beach, Clash of Clans dan Hay Day. “Saya tidak tahu...” bukan alasan yang sah. Kita semua di sini untuk berseronok dan menikmati permainan!

CARA KAMI MENGUATKUASAKAN PERMAINAN ADIL

Kami bertujuan menghalang penipuan dan kelakuan yang menimbulkan gangguan di dalam permainan kami pada bila-bila masa kami boleh, contohnya kami melaksanakan sistem yang menghalang pemain daripada menggunakan bahasa yang tidak sesuai dan/atau perisian parti ketiga secara proaktif. Dalam situasi di mana kami tidak boleh melaksanakan kaedah pencegahan, kami menggunakan sistem semakan yang menggabungkan pengautomatan dan manual. Bagi membentuk medan permainan adil bagi setiap pemain, kami bertujuan untuk menguatkuasakan semua peraturan terhadap semua pemain secara saksama. Walaupun kebanyakan sistem kami automatik, kami juga mengupah moderator terlatih yang fokus pada papan pendahulu, peserta pertandingan dan laporan daripada komuniti. Jika anda rasa penalti yang diterima tidak adil, sila hubungi pihak sokongan dan kami akan kaji kes anda.

SUPERCELL MELAWAN PEMBULIAN

Kami mahu pemain menikmati permainan kami dalam persekitaran yang selamat. Jadi, kami sertai pasukan petugas The Royal Foundation dalam Mencegah Pembulian Siber yang ditubuhkan oleh Putera William, Duke Cambridge pada Mei 2016. Pasukan Petugas ini telah membawa bersama orang termasyhur di dunia dalam media dan teknologi, serta pertubuhan amal kanak-kanak dan ibu bapa, untuk bekerjasama dengan sekumpulan pemuda demi mencipta persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan penuh sokongan.

Bersama Pasukan Petugas, kami telah melancarkan tatakelakuan anti pembulian untuk internet yang dipimpin pemuda - ‘Hentikan, Suarakan, Sokong’. Anda boleh baca lebih lanjut tentangnya di sini: www.stopspeaksupport.com

Sikap tidak endah adalah tidak baik dan semua orang yang berada di dalam talian sepatutnya menjaga kawan-kawan, menghentikan pembulian, menyuarakannya dan mendapatkan sokongan.

Ahli pasukan petugas termasuk: The Anti-Bullying Alliance; Apple; BT; The Diana Award; EE; Facebook; Google; Internet Matters; NSPCC; O2; Sky; Snapchat; Supercell; TalkTalk; Twitter; Vodafone dan Virgin Media.

Stop, Speak, Support

SUPERCELL IALAH AHLI THE FAIR PLAY ALLIANCE (PERIKATAN PERMAINAN ADIL)

Sebagai komitmen kami terhadap Fair Play, kami merupakan jawatankuasa pemandu Fair Play Alliance. Kami percaya demi mendorong perubahan yang berkekalan, industri ini perlu bersatu, berkongsi dan mengkaji amalan terbaik untuk mengalakkan permainan adil di permainan dalam talian. Kami komited dalam membangunkan permainan berkualiti dan percaya permainan adil dan komuniti sihat perlu dijadikan teras rekaan permainan.

Fair Play Alliance